Kemunculan Selepas Diamkan Diri...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sekarang ini blog ini tidak lagi menjadi rujukan utama seperti suatu ketika dahulu, memandangkan sekarang saya sudah bergelar mantan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Dua hari lepas, saya juga mengambil tindakan drastik dengan menutup akaun facebook saya yang menjadi laman di mana saya temui rakan yang membantu, mengajak, berkongsi, berdiskusi, mengkritik, menghina dan pelbagai lagi.

Saya tidak mempunyai masalah. Pengunduran saya bukan sia-sia, tetapi ini adalah langkah yang terbaik untuk semua pihak setelah setahun yang lalu.

Walaupun blog ini tidak dibaca, sekadar luahan, kalau ada orang perasan, baguslah, kerana ianya sesuatu di luar jangka.

Tapi saya yakin dan percaya. Yang baca kalam ini hanya saya sahaja.

Terima kasih dari hati nurani.

Kalau ada kalam baru, pasti akan disusuli nanti, jika tiada, maka bermaksud tiada...

Hamba...Saifulnizam Muhamad...

Assalamualaikum

Comments

  1. Teringat lirik lagu yang Ramli Sarip dendangkan
    "Aku menulis bukan kerna nama..."

    ReplyDelete

Post a Comment