Penyatuan UMNO/PAS : Air dan Minyak Tak Akan Bersatu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama saya tidak menulis, namun kali ini saya perlu kembali menulis, menggarapkan kembali akal agar tidak tumpul ditelan masa dan kemalasan.

Angin isu Kerajaan Perpaduan kembali bising, adakalanya kewujudan inidvidu yang meniupkan isu ini bikin menyemak, kononnya ingin memastikan Islam kuat.

Satu soalan sahaja, yang mungkin akan dihadiri oleh beribu persoalan yang akan menyusul.

Bagaimana sebuah parti yang bersih daripada isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran harta rakyat boleh bergabung dengan parti yang penuh dengan skandal rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran harta rakyat dan sebagainya?

Usaha seperti ini hanya sia-sia, bagaikan cuba menyatukan air dan minyak, dua makhluk ini tidak akan bersatu.

 

Maka kepada "pelaung-pelaung" isu penyatuan UMNO/PAS, anda hidup dengan pemikiran yang sangat ortodoks

Comments