Idea Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan (Almarhum)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya tulisan pertama pada tahun 2014 dapat disiarkan. Setelah sekian lama tidak menulis, kesannya sangat besar kerana banyak idea yang bakal mati begitu sahaja tanpa dikembangkan.

Apabila tidak memulakan penulisan, kerancakan pemikiran akan menjadi lumpuh serta dalam masa yang sama, matlamat mencipta momentum perubahan diri sendiri akan menjadi sesuatu yang retorik.

Jika perubahan ke arah positif pun sudah menemui jalan buntu, usah untuk berbicara tentang matlamat merubah masyarakat.

Ada beberapa ilmuan yang saya kenali dengan akhlak suka membaca dan menulis sehingga mampu menukilkan karya agung. Antaranya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau hanya perlukan dua minggu untuk mengeluarkan sebuah "pocket book"dengan intipati yang ringkas, namun memberi kesan besar kepada pembacanya.

Di sini saya tidak mahu hilang fokus penulisan saya kerana tujuan utama saya menulis pada kali ini ialah bagi menghargai seorang tokoh pemikiran Islam yang tersohor yang baru sahaja meninggalkan kita iaitu Almarhum Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan.

Almarhum Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan

Beliau lahir di kota Iraq namun menetap di Yaman. Dr. Abdul Karim dikenali di dalam bidang usul Fiqh yang mana tulisan beliau menjadikan rujukan di beberapa universiti di serata dunia. Karangan beliau yang berkaitan dengan usul Fiqh yang sangat popular ialah "Al-Wajiz Fi Usul Fiqh" yang turut menjadi silibus di universiti di Malaysia khususnya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kitab Al-Wajid Fi Usul Fiqh karangan Almarhum Dr. Abdul Karim Zaidan

Selain itu buku yang dikarang oleh beliau iaitu "Fiqh al-Mar'ah"(Fiqh Wanita) dijadikan sandaran utama sehingga tercetusnya beberapa buku yang berkaitan dengan Fiqh Wanita yang dikembangkan oleh beberapa ulama' kontemporari seperti Fiqh Kerahsiaan Wanita dari Dr. Saaduddin Mus'ad Hilali dan banyak lagi buku berkenaan Fiqh Wanita.

Beliau baru sahaja meninggal dunia pada 27 Januari 2014 baru-baru ini pada usia 97 tahun di Sanaa, Yaman. Semoga jasa dan bakti yang beliau lakukan kepada ummah akan disambung oleh generasi baru dalam memperkembangkan usul Fiqh ke dalam masyarakat.

Almarhum Syeikh Abdul Karim Zaidan bersama Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Terdetik di hati saya untuk menganjurkan sebuah wacara berkaitan dengan pemikiran beliau serta mengupas karya-karya tulisan beliau, kerana harus untuk saya akui bahasa saya merasa rugi kerana tidak mempelajari idea-idea yang ditulis oleh beliau.

Dalam keadaan masyarakat Malaysia yang sangat dahagakan ilmu, saya kira perlunya kepada memperbanyakkan majlis-majlis ilmu berkaitan dengan pemikiran semasa agar umat Islam di Malaysia.

Setakat ini idea dan acuan perjalanan wacana sudah difikirkan, lokasi untuk dianjurkan sudah dikenal pasti dan dalam proses untuk dapatkan ilmuan yang bakal mengisi slot di dalam wacana tersebut.

Mohon doa dari sahabat sekalian agar berjalan dengan lancar.

Wallahu A'lam

Comments

  1. Penulisan ente dlm blog ini sgt tinggi bahasanya..lalu ana kene membuka sedikit sebanyak kamus dewan bahasa utk mencari makna sesuatu perkataan..wakakak

    ReplyDelete

Post a Comment