Kisah Doa Poligami dan Sifat Adil

"Tadi masa solat maghrib, Imam ada baca doa 'Allahummarzuqna Zaujatan Thaniyatan Wa Thalithatan Wa Rabia'atan fi hazihis sanah'. Ramai orang aminkan doa tersebut sambil senyum."

Sungguh berani Imam tersebut."

Itulah yang mampu saya luah di hati ketika maghrib semalam.

Tahukah kalian apa maksud doa tersebut?

"Ya Allah, rezekikanlah kami isteri kedua, ketiga dan keempat pada tahun ini".

Lebih malang apabila dengan sekudusnya diaminkan jemaah muslimat daripada pendengaran saya, walaupun sekadar senipis suara. Saya kira tidaklah semua yang menaminkan doa yang diaminkan oleh suami-suami mereka. Mungkin di sana ada sebilangan kecil muslimah yang mengerti akan bahasa Arab walaupun secara asas.

Mungkin Imam memikirkan tentang betapa eloknya jika urusan berpoligami itu mudah.

Andai poligami itu mudah, saya kira tidak timbul lah keadaan di mana para suami mengadakan temujanji dengan wanita lain yang boleh mencurigakan. Dengan bahasa mudahnya curang.

Namun di sebalik "rukhsah" poligami itu. Sebenarnya terkandung amanah yang terlalu besar. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya kelaskan sebagai hampir mustahil untuk melaksanakannya.

Iaitu "adil".

Andainya dapat disingkap seksaan seseorang yang diseksa di neraka disebabkan tidak berlaku adil, hampir pasti semua lelaki hanya mahu sehidup semati dengan seorang isteri sahaja.

Comments