Transient Global Amnesia (TGA). Penyakit Lupa Satu Hari

TGA, ini bukan nama Game Online terkini tetapi satu penyakit hilang ingatan yang hanya hilang ingatan untuk satu hari.

(AMARAN:Tulisan ini panjang tapi mungkin bermanfaat bagi mereka yang sudah bosan dengan #Fattzura dan juga isu anjing yang mana ramai dah jadi pakar mazhab walaupun fiqh ibadahnya tak faham lagi)

TGA atau nama penuhnya Transient Global Amnesia ialah satu penyakit hilang ingatan untuk satu hari sahaja. Orang yang mengalami TGA, ingatannya akan kembali normal keesokan hari.

Orang yang mengalami TGA biasanya akan kehilangan memori pendek dalam jangka masa beberapa tahun sebelumnya dan tidak akan ingat orang yang paling rapat dengannya yang baru beberapa tahun berkenalan.

Ia akan menjadi malang seandainya suami/isteri anda yang mungkin baru kenal untuk dua tahun, tetapi telah lupa siapakah anda akibat daripada TGA. Jangan takut dan khuatir, walaupun mereka lupa akibat penyakit, tetapi anda perlu beritahu cerita sebenar sahaja.

TGA mula dapat dikesan di Amerika pada tahun 1956 dan kadar untuk menemui pesakit jenis ini iaitu 5 daripada 100,000 orang. Boleh dikatakan amat jarang berlaku.

Biasanya pesakit TGA akan merasakan bahawa mereka berada pada zaman yang lain akibat kehilangan memori pendek tetapi akan mengingati memori jangka masa panjang seperti nama sendiri, nama ahli keluarga, kenalan yang tempoh perkenalan melebihi 5-10 tahun dan sebagainya.

Bagi pesakit TGA yang menetap di bandar yang sering berlaku perubahan geografi, mereka akan tertanya-tanya, sejak bila bangunan ini muncul, sejak bila ada lebuhraya baru dan sebagainya.

Pesakit TGA akan kembali normal untuk keesokan harinya, tetapi akan lupa akan segala yang berlaku sepanjang tempoh seseorang pesakit itu mengalami TGA.

Comments

Post a Comment