Kehadiran Semula Setelah Setahun

Sudah lama rasanya tidak menulis di ruangan kalam nie-zarm.

Kesibukan yang melanda, bala yang menimpa, hampa dan jaya silih berganti.

Begitulah kehidupan insani yang tidak dapat diatur walau sudah dicatur.

Kiranya sudah tiba masa untuk kembali mengatur apa yang sudah lama terpendam di dalam benak fikiran.

Bagi yang mengikuti saya di facebook dan instagram mungkin mengetahui tentang progres hidup saya sepanjang setahun lebih tidak menulis di sini.

Permusafiran dari tanah ke tanah, membelah ruang udara dan lautan telah berlaku.



Maka kiranya perlu untuk kembali ke asasnya seorang aku ini untuk kembali ke lapangan asal.

Menulislah kembali.

Antaranya akan saya siarkan segala puisi dan luahan rasa yang saya nukilkan di ruangan notes di facebook saya di dalam blog ini.

Selain itu saya akan mewujudkan podcast yang akan berbicara dengan pelbagai topik. Nantikan pengumuman rasmi nanti.

Saya turut menjadi "content creator" di instagram "Xtra BolaSepak" yang menyediakan kandungan sukan. Terima kasih kepada follower instagram tersebut yang hampir mencecah 80 ribu.

Itu sahaja tulisan pertama saya sejak meninggalkan ruangan ini bersawang sekian lama.

Doakan diri agar terus menulis dan berkarya.

Comments