Aidil Adha 2010 de KUIS

Assalamualaikum dan salam pengorbanan sempena Aidil Adha.
Aidil Adha kali ini nie-zarm menyambutnya di KUIS sahaja, kerana jikalau pulang ke kampung pun tidak akan ada sesiapa pun yang akann menjenguk nie-zarm seperti yang berlaku pada Aidil Fitri baru-baru ini. Maka lebih elok jika nie-zarm mencuba berhari raya di perantauan pula.

Pada pagi Aidil Adha, berasa bangga kerana diberi peluang untuk bertakbir raya di Masjid Al-Azhar KUIS bersama Ustaz Syarul Azman, Encik Syarbaini Ahmad, Muhammadon Ahmad Tajudin serta kebanyakan staf KUIS termasuklah Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Rektor KUIS dan tidak ketinggalan masyarakat di sekitar Bandar Seri Putra Bangi.


Selesai Solat Sunnah Aidil Adha, Ustaz Farid Ravi Abdullah menyampaikan khutbah yang padat dengan isi yang berkaitan dengan pengorbanan yang perlu dilakukan ummat akhir zaman supaya Islam dimartabat lebih tinggi.


Selesai solat dan mendengar khutbah, para jemaah bersalam salaman yang mengeratkan ukhwah KUIS dengan masyarakat luar KUIS,betapa indahnya jika perkara ini dapat dikukuhkan di luar Aidil Adha.


Sarapan dahulu sebelum pisau dan ketangkasan digunakan untuk menjinakkan empat ekor lembu dan dua ekor kambing yang akan dikorbankan.

Rasanya jikalau nie-zarm berbicara panjang pun tidak guna.Maka eloklah semua pembaca melihat sendiri gambar-gambar terpilih yang diambil sepanjang Hari Raya Aidil Adha.





















Khalifah Nie-Zarm mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha

Comments

Post a Comment