CAKNA MAHASISWA : PTPTN Short, kenapa? (siri I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Semua mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sudah maklum mengenai kekurangan wang yang lebihan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang masuk pada 8 Julai 2010 baru-baru ini


Logo PTPTN

2. Ramai yang mengalami keadaan yang agak pelik di mana wang lebihan mereka kalau diikutkan daripada penyata kewangan (financial statement) yuran, sepatutnya mempunyai amaun yang tertentu, tetapi mereka mendapat wang lebihan yang dimasukkan ke dalam akaun mereka dengan jumlah yang kurang daripada sepatutnya (tidak termasuk insentif diskaun yuran).

3. Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang mendapat wang PTPTN sebanyak RM 4,000 setahun, setelah ditolak dengan penyata kewangan yuran, beliau sepatutnya mendapat lebihan sebanyak RM 705.30 tetapi wang yang masuk ke dalam akaun mereka adalah sebanyak RM 600.00

4. Setelah saya membuat pertemuan dengan Ustaz Imran bin Kamal Basha, Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM), beliau menyatakan bahawa setakat ini PTPTN mempunyai insuran yang perlu dikutip daripada pelajar.

5. Persoalan yang berlaku ialah, kenapa berlaku kes dua orang mahasiswa yang satu bili, satu kelas, kursus yang sama, mempunya jumlah subjek yang sama, caj myang dikenakan di dalam penyata kewangan yuran mereka adalah sama TETAPI MEMPUNYAI LEBIHAN WANG YANG BERBEZA?

6. Perkara tersebut ditimbulkan, insya Allah dalam masa terdekat, saya akan berjumpa dengan Puan Siti Zulaiha (Seksyen Tajaan dan Kebajikan BPM), kerana pada minggu lepas, beliau telah ke PTPTN untuk satu sesi dialog bersama PTPTN untuk mengetahui polisi insuran yang diamalkan oleh PTPTN terhadap mahasiswa.

7. Ramai yang menyatakan bahawa insentif diskaun yuran berdasarkan kepada pencapaian HPNG/CGPA telah dihapuskan, tetapi setelah saya membuat pertemuan dengan En. Hasim daripada Pejabat Bendahari, beliau menyatakan bahawa insentif tersebut masih wujud.

8. Seandainya pembatalan insentif diskaun yuran berdasarkan kepada pencapaian HPNG/CGPA telah dihapuskan, pasti pihak pengurusan akan mengeluarkan satu notis kenyataan terkini mengenai status tersebut.

9. Tetapi seandainya perkara tersebut berlaku, ianya bercanggah dengan Laporan Tahunan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sesi 2007/2008 yang mana menyaksikan MPM ketika itu yang diketuai oleh Saudara Mohd Rasyidi Ali selaku Presiden MPM mengeluarkan isu Permuafakatan, dengan menyaksikan insentif diskaun yuran berdasarkan kepada pencapaian HPNG/CGPA telah digunapakai sejak tahun tersebut.

10. Sebahagian daripada hasil Permuafakatan ketika MPM sesi 2007/2008 telah didokumentasikan oleh Saudari Fasihatun Najah Mhd Bakri selaku Pengerusi I Sekretariat Kebajikan dan Hal Ehwal Mahasiswa pada ketika Saudara Nasrul Izad Mohd Isa menjadi Presiden MPM pada ketika itu

Laporan Tahunan Sekretariat Kebajikan dan Hal Ehwal Mahasiswa oleh Fasihatun Najah

Comments

  1. salam...
    abis 2 bila insentif 2 boleh dapat....
    agak2 mmg lame ker...

    ReplyDelete
  2. ha.....isu ini memnang menjadi satu persoalan..harap dapat dijelaskan secepat yang mungkin agar tidak berlaku keecelaruan dalam klangn pelajar....

    ReplyDelete

Post a Comment