CAKNA MAHASISWA : Bas KUIS yang tidak berfungsi mengikut jadual


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadhan Kareem.

1. Semalam saya mendapat aduan mengenai jadual bas shuttle yang tidak bergerak mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan.

2. Saya tidak mengetahui pokok pangkalnya masalah ini yang berlaku daripada asalnya kenapa, cuma yang pasti ianya mengundang masalah kepada pelajar yang ingin ke kawasan Stesen Komuter Bangi.

3. Saya difahamkan bahawa bayaran RM 1 yang dikenakan kepada pelajar mengenai bayaran tambang bas telah dihazafkan. Seandainya pembayaran masih berlaku, mohon beritahu kepada saya.

4. Isnin ini (8/8/2011), insya Allah akan mengemukakan perkara tersebut kepada Encik Abdul Karim Noh Shah yang merupakan Pendaftar, bagi mengemukakan masalah tersebut dengan penyelesaian secepat mungkin.

5. Diharapkan semua mahasiswa dapat bersabar. Seandainya berlaku sebarang masalah yang timbul, mohon untuk hubungi saya di talian 017-9194019

Wallahu A'lam

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden II (Kebajikan),
Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2010/2011

Comments

  1. salam.

    tak ikut time satu hal dan dgr cerita bus ni berjalan only on weekends je. wallahu'alam.

    tapi kalau on weekends je, no use. mgkin sikit sebyk akan nyusahkan student yg mgkin nak guna on weekdays.cer tanya apo masalohnyee ;)

    thankyouu

    ReplyDelete

Post a Comment