CAKNA MAHASISWA : Permohonan maaf terbuka kepada mahasiswa KUIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejak daripada jam 12.00 tengah malam bertarikh 22 Oktober 2011 sampai sekarang bertali arus saya mendapat panggilan mengenai permasalahan yang berlaku terhadap penempahan bilik oleh mahasiswa.

Artikel ini saya mahu menulis seringkas yang mungkin sahaja, kerana kita semua sudah tahu mengenai apa yang berlaku.

Saya memohon maaf kepada mahasiswa kerana tidak mampu melaksanakan tugas yang telah Allah amanahkan kepada saya. Walaupun saya hadir sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) tanpa undi daripada mahasiswa, tapi saya rasa bersalah dan seperti berdosa kerana tidak mampu menjadi hamba abdi mahasiswa untuk menunaikan hak dan permintaan mahasiswa.

Diharapkan agar semua mahasiswa berada di bawah naungan rahmat Allah. Semoga kecelakaan menimpa saya di atas kegagalan saya membantu mahasiswa.

Semoga mahasiswa yang akan tampil sebagai MPM KUIS pada masa hadapan dapat menunaikan kerja dan amanah untuk sama-sama membantu mahasiswa

Ikhlas,

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden II,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Sesi 2010/2011

Comments

  1. its not ur fault so u dun hv to feel guilty. thing is, the other day u mentioned that the 1st memo was cancelled. tu yg pelik.nk dptkn penjelasan psl tu jek.nobody blames u coz we know u arent guilty. just nkkn penjelasan, nape aritu kate da cancel memo tu, tbe2 still cmni..mungkin ade info yg terlepas baca?hope u can explain. :)

    ReplyDelete
  2. kalau anda mahu memenuhi kehendak dan kepuasan semua pelajar...mungkin takkan terpuas..tapi cuma beri pendapat.. sistem yang terdapat kat kuis tak pernah konsisten..sentiasa berubah2 hampir setiap smester..tak pelik bila pelajar tak selesa dengan setiap pembaharuan..tapi, insyaAllah lepas dah biasa, pelajar akan tau apa yang perlu buat..anda tak perlu rasa bersalah sangat kerana anda perantara..bukan hamba.. cuma sistem KUIS kalau boleh cuma dikonsistenkan...rasa tak puas hati tu buasa..kerama manusia mmg takkan puas..:)

    ReplyDelete
  3. allah sedang munguji saudara.. banyak2kan bersabar... moga allah membantu setiap perkara yang saudara buat...:-)

    ReplyDelete
  4. sistem manusia x dpt menandingi sistem Allah..senantiasa ada kepincangan n masalah ....biasala yg buat pun dalam kalangan manusia juge...

    ReplyDelete

Post a Comment