Bersama Adik Luqmanul Hakim (Hafiz Muda)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian, moga Allah menjadi penyelamat dan tempat mengadu hamba ini.

Tulisan saya pada kali ini lebih kepada cerita santai namun sangat menyentuh hati saya.

Pada 11 Mac lalu (Selasa), saya diamanahkan oleh sahabat saya, Haji Muhaimi untuk menggantikan beliau menerbitkan 30 Minit Ustaz Don kerana beliau mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Tajuk perbincangan ialah berkaitan dengan pembelajaran tajwid Idgham Ma'al Ghunnah dengan Idgham Bilaa Ghunnah dan pihak Ustaz Don inginkan penonton daripada kalangan kanak-kanak untuk membuat bacaan secara live melalui panggilan telefon.

Ketika saya sedang menerbitkan rancangan tersebut, ada pemanggil bernama Lukmanul Hakim, umurnya 10 tahun, namun bacaannya sangat luar biasa kerana tajwid dan makhraj huruf yang jelas.

Adik Lukman

Namun kami semua krew penerbitan terkejut apabila adik Lukman memohon kepada Ustaz Don untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Tanpa diduga, bercucuran air mata kami yang mengendalikan program tersebut termasuklah saya yang menerbitkannya.

Apabila Ustaz Don memohon agar adik Lukman hadir, saya dapatkan nombor telefonnya dan pada keesokan hari (12 Mac 2014, Rabu), saya menjemputnya ke studio yang turut dihadiri oleh ibu angkatnya.

Adik Lukman dan Ustaz Don dalam set 30 Minit Ustaz Don

Alhamdulillah, beliau hadir dan menjadi tetamu istimewa dalam program 30 Minit Ustaz Don pada 12 Mac lalu. Saya sangat kagum dengan adik ini.


Bila lihat dalam matanya, nampak ketenangan.

Bahkan saya turut terfikir, mampukan aku untuk memiliki anak yang taat kepada agama seperti adik Lukman, ketika dihadapi dengan pelbagai pancaroba dunia? Mampukah aku menjadi ayah yang baik untuk mendidik anak sebagai khalifah Allah?

Saya bersama adik Lukman

Ustaz Don dan Haji Muhaimi (Penerbit 30 Minit Ustaz Don) memberikan hadiah kepada adik Lukman






Comments

  1. saya berkongsi cerita adik lukman di blog saya juga,
    sama-sama muhasabah diri kita.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dipertontonkan Allah dengn manusia yg punya karisma memotivasikan diri , memurnikan tauhid kepadaNya agar hati kita sentiasa menjadi lapang.

    Semoga sy juga cekal utk mendidik anak2 ke arah kehidupan yg lebih sempurna mengikut acuan syarak dan sunnah Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... syukur dan tahniah kerana admin telah berusaha mendapatkan adik lukman. memang kagum mendengar suaranya. saya juga pada malam adik lukman live di studio,terus saya kongsikan di blog :-)

    ReplyDelete

Post a Comment