Friday, November 4, 2011

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Aidil Adha 1432 hijrah.

Sekarang sedang heboh mengenai isu yuran di KUIS, khususnya mengenai isu asrama, saya ingin jawab isu asrama yang dikatakan mahal dahulu dalam penulisan kali ini, kerana maklumat yang ditunjukkan di dalam video ini seakan-akan seperti dimanipulasi untuk tujuan tertentu.



Video ini mendakwa asrama dalam KUIS lebih mahal berbanding dengan menbuat sewaan di sekitar Bandar Seri Putra (BSP) dan Bukit Mahkota (BM) yang dekat dengan KUIS.

Antara yang dibangkitkan dan saya rasa tidak logik ianya yang menyatakan bahawa sewa di BSP dan BM adalah sebanyak RM 100.00 sebulan. Sedangkan yang paling murah di sekitar KUIS untuk sewaan penempatan sama ada untuk flat mahupun rumah sewa adalah sekitar RM 300.00 sebulan.

Ayuh kita buat kira-kira dan perbandingan antara duduk di asrama KUIS dan sewa di luar.

1) Sewa di luar RM 100 x 4 bulan = RM 400, tapi kat mana ada offer RM 100 sewa satu bulan? kalau duduk ramai, berapa ramai yang kena duduk di situ baru nak boleh bayar RM 100??? paling murah kat Bandar Seri Putra dengan Bukit Mahkota adalah RM 300.00

2) Duit minyak motor seminggu untuk masuk keluar kampus tak termasuk pergi jalan2 kat tempat lain di luar BSP dan BM, sekitar RM 7 seminggu, sebulan ada 4 minggu, 4 bulan ada 16 minggu, RM 7 x 16 minggu = RM 122, tapi kalau kereta???

3) Bil air dan bil eletrik, kos overhead nih kena kira jugak, sebab walaupun kos asrama adalah RM 550.00 satu sem, tapi penggunaan eletrik dan air adalah unlimited dalam asrama KUIS, kat luar kena bayar sendiri. Kita letak RM 100 satu bulan x 4 bulan = RM 400

4) Dalam asrama KUIS sudah tersedia katil, tilam, almari, meja study, kerusi, lampu study dan board untuk tampal memo termasuk dengan harga sewa, cuba kira semua ni, agak2 berapa ratus dihabiskan untuk perabot? Ok la, kita letak RM 500.00, ni paling basic, tidak termasuk dengan kos penghantaran dan juga pemasangan.

5) Kalau menetap di luar, mesti pakai kenderaan untuk urusan masuk keluar ke KUIS, kenderaan kat luar, kena daftar dengan pihak penyelia kawasan perumahan, Vista kalau nak mohon pelekat untuk kenderaan bernilai RM 25.00, sedangkan di KUIS sticker hanyalah RM 5.00 sahaja, cuma mohon sahaja. Dalam video menyatakan bahawa larangan kenderaan, itu tuduhan yang tak berasas kerana dibenarkan untuk student tahun akhir (semester 5 dan 6 serta ke atas) adalah tanpa perlu rundingan, kalau semester 1 dan 2 memang tak dibenarkan, standard IPT memang sebegitu, semester 3 dan 4 boleh memohon pelekat kenderaan adalah melalui kebenaran mentor dan Ketua Jabatan pengajian masing-masing. Rujuk di sini untuk permohonan pelekat kenderaan di KUIS.

6) Seandainya kereta atau motor yang baru beli, nak kena bayar ansuran lagi, servis lagi. sedangkan asrama dalam KUIS terlalu dekat untuk ke kuliah. Tak mengapa, insuran kereta dengan motor kita tak perlu kiralah ye? Tu kita tak kira lagi yang kena servis bulanan kereta dan motor masing-masing.

campur semua kalau nak duduk di luar untuk satu semester dalam tempoh empat bulan sahaja :

1) sewa = RM 400

2) minyak (motor sahaja, kalau kereta kira sendiri) = RM 122

3) bil air dan eletrik = RM 400

4) alatan perabot semua seperti di asrama KUIS= RM 500

5) urusan pelekat kenderaan dengan pihak penyelia perumahan = RM 25.00

6) insuran kenderaan dengan servis dan lain-lain kos yang dirasakan perlu (benda nih subjektif) so tak kira.

7) Servis maintanance juga perlu dibayar bulanan oleh individu yang menyewa asrama, ini pun saya tidak kira.

400 + 122 + 400 + 500 + 25 = RM 1447 SATU SEMESTER SAHAJA

tu tak kira lagi yang repeat paper, kena bayar repeat lagi, lagi malang, ana dimaklumkan ada yang 28 paper failed dan tak pernah repeat pun.

Sedangkan di KUIS, sesiapa yang mendapat CGPA 2.7 hingga 2.99, akan disediakan diskaun yuran sebanyak 5%, CGPA 3.00 hingga 3.49, diskaun yuran sebanyak 10% dan CGPA 3.5 sehingga 4.00, diskaun yuran sebanyak 15%

Video ini hanya sekadar menunjukkan pagar KUIS sahaja, tanpa memasuki untuk menemubual mana-mana individu, sedangkan di waktu solat Zohor dan Asar, staf tertinggi seperti Rektor, Timbalan Rektor, Pendaftar dan Dekan setiap fakulti serta pensyarah boleeh ditemui termasuk mahasiswa dan mahasiswi, tetapi tidak pula berani untuk memasuki pagar KUIS. Kalau hanya sekadar susunan ayat sahaja itu tidak mencukupi.

Saya ingin untuk menelefon sahabat saya dari MPMN, saudara Syahid Zaini, adakah beliau membuat kenyataan hanya sekadar hearsay mahupun mengkaji secara mendalam. Beliau seakan-akan meng"ISA"kan KUIS jika beliau bertindak tanpa menghubungi wakil MPM KUIS mahupun bertemu dengan pengurusan KUIS terlebih dahulu untuk berdiskusi.

Saya juga MEMOHON KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KUIS UNTUK MEMBAWA DRAF PENYATA KEWANGAN IPTS DARI KAMPUS LAIN, untuk dibuat kajian secara mendalam secara PROGRAM DEMI PROGRAM untuk dokumentasi. Kalau membuat perbandingan yuran Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang KUIS dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kampus lain, itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Semua inginkan yuran untuk murah termasuk diri saya sendiri yang juga pendapatan isi rumah keluarga hanya RM 600.00 sebulan dan tanggungan 14 anak buah yang semakin membesar.

Jika terbukti KUIS adalah mahal berbanding IPTS lain, sila nyatakan satu demi satu. Kerana isu yuran ini perlulah melihat secara kes demi kes dan DOKUMENTASIKAN agar dilihat profesional dan bukan hanya sekadar dalam media, saya telah mencari penama yang membuat aduan dengan menggelarkan diri sebagai Saifudin, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Rangkaian semester akhir tetapi tidak pula bertemu MPM.

Buat mereka yang melaporkan ke Malaysiakini dan blog-blog lain seandainya diri anda benar-benar wujud, tak usah risau, tampilkan sahaja diri anda, kita akan bantu. Tetapi seandainya diri anda hanya mampu bermain dengan permainan ini, ingatlah bahawa di akhirat nanti akan dibentangkan semua perlakuan anda walau sebesar zarah pun seperti yang Allah janjikan di dalam Al-Qur'an.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya".

(surah Al-Zilzal : 7-8)

Akan bersambung dengan izin Allah dengan isu lain lagi. Isu ini sebenarnya isu lama yang dimainkan balik untuk tujuan tertentu

Assalamualaikum

 
Photography Templates | Slideshow Software