Posts

Showing posts from August, 2012

Sketsa Syawal : Layakkah Kita Menerima Ijazah?

Image
Gambar hiasan ketika bergelar mahasiswa di kampus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ramadhan.
Kurang daripada 48 jam lagi (artikel ini ditulis pada 17 Ogos 2012 jam 3 petang), mentari Syawal akan menyinari bumi. Satu detik yang akan menyaksikan persimpangan oleh manusia yang masih menghelakan nafas.
Ada yang bersedih kerana Ramadhan, bulan penuh Rahmat akan meninggalkan kita. Ada yang gembira melampau untuk Aidilfitri sedangkan Rejab baru mengingatkan kita tentang Ramadhan. Sehingga kita meminggirkan Ramadhan. Perkara ini saya ada tulis dalam artikel sebelum ini, rujuk di sini.
Saya? Sekadar yang ada. baju yang sama, tidak ada beza. Baju baru bukan suatu kemestian.
Yang penting adakah kita bersedia untuk menerima ijazah? Bukan di universiti, tapi pada malam Aidilfitri.
Malam raya dikenali sebagai malam "Lailatul Ja'izah" yang mana Allah akan menganugerahkan ijazah kepada kita di atas amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Apabila kita sebut tenta…