Posts

Showing posts from March, 2014

Bersama Adik Luqmanul Hakim (Hafiz Muda)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian, moga Allah menjadi penyelamat dan tempat mengadu hamba ini.
Tulisan saya pada kali ini lebih kepada cerita santai namun sangat menyentuh hati saya.
Pada 11 Mac lalu (Selasa), saya diamanahkan oleh sahabat saya, Haji Muhaimi untuk menggantikan beliau menerbitkan 30 Minit Ustaz Don kerana beliau mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Tajuk perbincangan ialah berkaitan dengan pembelajaran tajwid Idgham Ma'al Ghunnah dengan Idgham Bilaa Ghunnah dan pihak Ustaz Don inginkan penonton daripada kalangan kanak-kanak untuk membuat bacaan secara live melalui panggilan telefon.
Ketika saya sedang menerbitkan rancangan tersebut, ada pemanggil bernama Lukmanul Hakim, umurnya 10 tahun, namun bacaannya sangat luar biasa kerana tajwid dan makhraj huruf yang jelas.
Adik Lukman
Namun kami semua krew penerbitan terkejut apabila adik Lukman memohon kepada Ustaz Don untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang tela…