Posts

Showing posts from January, 2014

Idea Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan (Almarhum)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya tulisan pertama pada tahun 2014 dapat disiarkan. Setelah sekian lama tidak menulis, kesannya sangat besar kerana banyak idea yang bakal mati begitu sahaja tanpa dikembangkan.
Apabila tidak memulakan penulisan, kerancakan pemikiran akan menjadi lumpuh serta dalam masa yang sama, matlamat mencipta momentum perubahan diri sendiri akan menjadi sesuatu yang retorik.
Jika perubahan ke arah positif pun sudah menemui jalan buntu, usah untuk berbicara tentang matlamat merubah masyarakat.
Ada beberapa ilmuan yang saya kenali dengan akhlak suka membaca dan menulis sehingga mampu menukilkan karya agung. Antaranya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau hanya perlukan dua minggu untuk mengeluarkan sebuah "pocket book"dengan intipati yang ringkas, namun memberi kesan besar kepada pembacanya.
Di sini saya tidak mahu hilang fokus penulisan saya kerana tujuan utama saya menulis pada kali ini ialah bagi menghargai seorang tokoh pemiki…