Saturday, December 24, 2011

CAKNA MAHASISWA : PRK KUIS. Tahniah Buat Mereka Yang Mengundi, Takziah Buat Mereka Yang Sia-Siakan Undi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ketika artikel ini sedang ditulis, semua sudah maklum mengenai keputusan Pilihanraya Kampus KUIS untuk pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi sesi 2011/2012.

Lapan individu yang terpilih untuk memenangi kerusi umum, tahniah kerana berjaya memastikan mahasiswa mengundi anda dan takziah kerana di bahu anda semua sudah terbeban dengan amanah yang mungkin menyebabkan anda semua terpaksa bekerja keras.

Tapi tak mengapa, saya tahu bahawa anda semua pasti akan melakukan yang terbaik untuk mahasiswa. Cuma isilah kemenangan yang telah anda usahakan untuk menaikkan kesatuan mahasiswa.

Cuma saya agak terkilan dengan apa yang berlaku, apabila ramai yang mendesak untuk wujudkan pilihanraya, tetapi tidak ramai yang turun ke lapangan demokrasi pada hari Khamis, 22 Disember 2011 yang lalu.

Telah ramai mahasiswa yang sedia bertanding untuk wujudkan pilihanraya, tetapi tak ramai pula yang bersedia untuk turun mengundi, daripada anggaran kasar seramai 6500 mahasiswa KUIS, hanya 1795 orang yang sanggup turun.

Tahniah baut yang turun mengundi kerana melaksanakan hak anda dan seandainya anda bersuara ke atas tindakan MPM yang mungkin anda rasa tidak puas hati, anda adalah orang yang berhak.

Buat mereka yang tidak turun ke lapangan demokrasi, takziah saya ucapkan kerana anda menyokong demokrasi pada lisan tetapi tidak pada perbuatan dan jangan pula "sembang kencang" di kemudian hari kerana anda sendiri meletakkan stigma negatif dalam kepala otak anda.

Stigma awal yang sangat dayus saya dengari dari mahasiswa.

"Kalau aku turun mengundi pun, belum tentu akan ada perubahan!" Itu antara yang saya dengari. Belum segalanya bermula, sudah mendoakan kejatuhan sesama mahasiswa, tidak pula mengangkat.

Lagi parah, apabila ada beberapa pihak yang sanggup memboikot pilihanraya. Tak perlu saya sebutkan di sini mereka itu siapa, tetapi saya mengetahui perkara tersebut berlaku, tiba-tiba pada tarikh yang sama, ada pelbagai aktiviti sedangkan tarikh ini perlulah dikosongkan daripada sebarang kegiatan.

Inilah boikot tanpa bersuara tetapi sangat berkesan.

Sepatutnya pada hari mengundi, tidak perlu untuk anjurkan boikot secara halus. Fahamilah sendiri.

Sekarang, cabaran yang paling besar adalah untuk mengukuhkan mentaliti mahasiswa.

Buat yang terasa, saya mohon maaf, tetapi kalau dah terasa tu, ubahlah sebaiknya.

Catatan : Keputusan Pilihanraya Kampus KUIS 2011/2012.
1.Muhamad Helmy Kushairy
2.Mohd Firdaus bin Mohd Hashim
3.Aisyah Basirah binti Nor Hashimi
4.Khaidir bin Kusnin
5.Noor Aida binti Che Mood
6.Ahmad Mu'adz bin Roslan
7.Faridah binti Mat
8.Muhamad Fathi bin Hamdan

Wednesday, December 21, 2011

CAKNA MAHASISWA : Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2011/2012 : Siapakah mereka? Anda yang Tentukan

(Nota : Tulisan ini ditulis ketika sedang menunggu tren KTM dari Stesen Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah jam 11.30 malam 21 Disember 2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.

Sudah sekian lama saya menghilangkan diri daripada menjejaki aksara di kekunci komputer riba peribadi berkenaan "Cakna Mahasiswa". Semua ini adalah tuntutan Latihan Industri yang perlu saya hadapi. Saya harap tidak ada yang salah faham terhadap tuntutan yang mesti saya penuhi ini.

Kerana ada yang menghantar mesej melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) ke telefon saya dengan menyatakan saya "ponteng" dari kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), sedangkan ini adalah silibus yang perlu saya hadapi. Buat mereka, fahamilah waqi' ilmu sebelum berkata-kata. Saya maafkan mereka.

Semua mahasiswa yang hadir pada Himpunan Perdana KUIS yang berlangsung pada 1 Disember lalu mengetahui apa yang berlaku, jadi saya tidak perlu mengulas panjang lebar di sini.

Cuma bersesuaian dengan tajuk, saya ingin menulis mengenai Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung pada esok, 22 Disember 2011. Alhamdulillah, Allah S.W.T mengkabulkan permintaan saya yang tidak putus-putus menginginkan adanya pilihanraya.

Dua tahun tanpa pilihanraya menyebabkan mahasiswa mendapat perwakilan yang tidak menepati apa yang mereka inginkan, apatahlagi apabila perwakilan yang datang bukan daripada landasan demokrasi gagal menuntut apa yang mahasiswa inginkan.

Saya mengakui, saya juga mungkin pernah diklasifikasikan sebagai perwakilan yang bukan pilihan mahasiswa, bahkan tindakan saya dalam membuat keputusan terhadap beberapa isu juga turut dilihat sebagai antara tindakan yang dianggap kontroversi.

Contohnya beberapa tindakan yang dilihat seperti saya bekerja berseorangan, mungkin cara kerja saya sebegitu rupa, tetapi saya tidak "menjajah" mana-mana bidang tugas ahli MPM yang lain, tetapi seandainya ada saya "terjajah", saya mohon maaf dan saya harap ini dijadikan iktibar buat semua calon MPM bagi sesi baru untuk mengenali erti kerja.

Saya bekerja dan saya nyatakan gerak kerja saya supaya tidak menjadi fitnah dan saya menggunakan sepenuhnya "Kalam Nie-Zarm" ini sebagai medium untuk menyalurkan maklumat.

Tetapi hakikatnya bukan sekadar itu.

Sebenarnya ia adalah satu langkah untuk mempeerbesarkan jaringan blog dalam kalangan mahasiswa dan saya lihat ia seakan-akan berjaya. Apabila saya melihat blog dari rakan-rakan siswa khususnya dari persatuan-persatuan yang aktif.

Itu juga bukan isunya. Tetapi undi mahasiswa menjadi fokus.

Dua tahun yang berlalu tanpa ada mahasiswa yang berani menginfakkan diri cukup melesukan. Ramai yang menyalahkan beberapa pihak. Saya tidak mahu tuding jari mengenai kelesuan itu, siapa yang rasa salah siapa, koreksi diri dan nilai sendiri.

Saya cuba menampilkan diri sebagai ahli MPM yang cuba bekerja keras walaupun mungkin ada yang mengganggap saya berada dalam kenikmatan. Tidak sebenarnya.

Sekarang ini, mahasiswa yang akan menentukan sama ada mereka akan memilih MPM yang diyakini mampu memobilisasikan MPM sendiri seterusnya menggerakkan mahasiswa di dalam KUIS atau sebaliknya.

Sekarang ini, tanggungjawab ANDA! Semua mahasiswa untuk mengangkat mereka yang benar-benar ingin menginfakkan diri untuk mahasiswa ataupun hanya sekadar tidak mengambil tahu mengenai HAK dan TANGGUNGJAWAB anda.

HAK anda adalah untuk mendapatkan keselesaan belajar di dalam KUIS dengan menjadikan MPM sebagai saluran tepat untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

TANGGUNGJAWAB ANDA juga ialah untuk MEMBERI ke arah mengangkat martabat sesama mahasiswa dengan ILMU, KEFAHAMAN ISLAM, PEMBANGUNAN MAHASISWA YANG CAKNA DENGAN ISU KAMPUS DAN ISU SEMASA. Bukan hanya sekadar hidup di asrama dan segala majlis ilmu yang dianjurkan, anda hanya turun apabila diletakkan syarat sebagai "wajib usrah" dan sebagainya.

Saya hanyalah seorang mahasiswa juga, sama seperti anda. Syabas saya ucapkan kepada semua calon yang berani menginfakkan diri mereka. Mudah-mudahan PEMBANGUNAN MINDA MAHASISWA dapat diubah untuk mencipta KUIS yang penuh dengan mahasiswa yang benar-benar menjadi PEMANGKIN TRADISI ILMU. Maka turunlah mengundi untuk menzahirkan HAK ANDA!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, November 4, 2011

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Aidil Adha 1432 hijrah.

Sekarang sedang heboh mengenai isu yuran di KUIS, khususnya mengenai isu asrama, saya ingin jawab isu asrama yang dikatakan mahal dahulu dalam penulisan kali ini, kerana maklumat yang ditunjukkan di dalam video ini seakan-akan seperti dimanipulasi untuk tujuan tertentu.



Video ini mendakwa asrama dalam KUIS lebih mahal berbanding dengan menbuat sewaan di sekitar Bandar Seri Putra (BSP) dan Bukit Mahkota (BM) yang dekat dengan KUIS.

Antara yang dibangkitkan dan saya rasa tidak logik ianya yang menyatakan bahawa sewa di BSP dan BM adalah sebanyak RM 100.00 sebulan. Sedangkan yang paling murah di sekitar KUIS untuk sewaan penempatan sama ada untuk flat mahupun rumah sewa adalah sekitar RM 300.00 sebulan.

Ayuh kita buat kira-kira dan perbandingan antara duduk di asrama KUIS dan sewa di luar.

1) Sewa di luar RM 100 x 4 bulan = RM 400, tapi kat mana ada offer RM 100 sewa satu bulan? kalau duduk ramai, berapa ramai yang kena duduk di situ baru nak boleh bayar RM 100??? paling murah kat Bandar Seri Putra dengan Bukit Mahkota adalah RM 300.00

2) Duit minyak motor seminggu untuk masuk keluar kampus tak termasuk pergi jalan2 kat tempat lain di luar BSP dan BM, sekitar RM 7 seminggu, sebulan ada 4 minggu, 4 bulan ada 16 minggu, RM 7 x 16 minggu = RM 122, tapi kalau kereta???

3) Bil air dan bil eletrik, kos overhead nih kena kira jugak, sebab walaupun kos asrama adalah RM 550.00 satu sem, tapi penggunaan eletrik dan air adalah unlimited dalam asrama KUIS, kat luar kena bayar sendiri. Kita letak RM 100 satu bulan x 4 bulan = RM 400

4) Dalam asrama KUIS sudah tersedia katil, tilam, almari, meja study, kerusi, lampu study dan board untuk tampal memo termasuk dengan harga sewa, cuba kira semua ni, agak2 berapa ratus dihabiskan untuk perabot? Ok la, kita letak RM 500.00, ni paling basic, tidak termasuk dengan kos penghantaran dan juga pemasangan.

5) Kalau menetap di luar, mesti pakai kenderaan untuk urusan masuk keluar ke KUIS, kenderaan kat luar, kena daftar dengan pihak penyelia kawasan perumahan, Vista kalau nak mohon pelekat untuk kenderaan bernilai RM 25.00, sedangkan di KUIS sticker hanyalah RM 5.00 sahaja, cuma mohon sahaja. Dalam video menyatakan bahawa larangan kenderaan, itu tuduhan yang tak berasas kerana dibenarkan untuk student tahun akhir (semester 5 dan 6 serta ke atas) adalah tanpa perlu rundingan, kalau semester 1 dan 2 memang tak dibenarkan, standard IPT memang sebegitu, semester 3 dan 4 boleh memohon pelekat kenderaan adalah melalui kebenaran mentor dan Ketua Jabatan pengajian masing-masing. Rujuk di sini untuk permohonan pelekat kenderaan di KUIS.

6) Seandainya kereta atau motor yang baru beli, nak kena bayar ansuran lagi, servis lagi. sedangkan asrama dalam KUIS terlalu dekat untuk ke kuliah. Tak mengapa, insuran kereta dengan motor kita tak perlu kiralah ye? Tu kita tak kira lagi yang kena servis bulanan kereta dan motor masing-masing.

campur semua kalau nak duduk di luar untuk satu semester dalam tempoh empat bulan sahaja :

1) sewa = RM 400

2) minyak (motor sahaja, kalau kereta kira sendiri) = RM 122

3) bil air dan eletrik = RM 400

4) alatan perabot semua seperti di asrama KUIS= RM 500

5) urusan pelekat kenderaan dengan pihak penyelia perumahan = RM 25.00

6) insuran kenderaan dengan servis dan lain-lain kos yang dirasakan perlu (benda nih subjektif) so tak kira.

7) Servis maintanance juga perlu dibayar bulanan oleh individu yang menyewa asrama, ini pun saya tidak kira.

400 + 122 + 400 + 500 + 25 = RM 1447 SATU SEMESTER SAHAJA

tu tak kira lagi yang repeat paper, kena bayar repeat lagi, lagi malang, ana dimaklumkan ada yang 28 paper failed dan tak pernah repeat pun.

Sedangkan di KUIS, sesiapa yang mendapat CGPA 2.7 hingga 2.99, akan disediakan diskaun yuran sebanyak 5%, CGPA 3.00 hingga 3.49, diskaun yuran sebanyak 10% dan CGPA 3.5 sehingga 4.00, diskaun yuran sebanyak 15%

Video ini hanya sekadar menunjukkan pagar KUIS sahaja, tanpa memasuki untuk menemubual mana-mana individu, sedangkan di waktu solat Zohor dan Asar, staf tertinggi seperti Rektor, Timbalan Rektor, Pendaftar dan Dekan setiap fakulti serta pensyarah boleeh ditemui termasuk mahasiswa dan mahasiswi, tetapi tidak pula berani untuk memasuki pagar KUIS. Kalau hanya sekadar susunan ayat sahaja itu tidak mencukupi.

Saya ingin untuk menelefon sahabat saya dari MPMN, saudara Syahid Zaini, adakah beliau membuat kenyataan hanya sekadar hearsay mahupun mengkaji secara mendalam. Beliau seakan-akan meng"ISA"kan KUIS jika beliau bertindak tanpa menghubungi wakil MPM KUIS mahupun bertemu dengan pengurusan KUIS terlebih dahulu untuk berdiskusi.

Saya juga MEMOHON KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KUIS UNTUK MEMBAWA DRAF PENYATA KEWANGAN IPTS DARI KAMPUS LAIN, untuk dibuat kajian secara mendalam secara PROGRAM DEMI PROGRAM untuk dokumentasi. Kalau membuat perbandingan yuran Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang KUIS dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kampus lain, itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Semua inginkan yuran untuk murah termasuk diri saya sendiri yang juga pendapatan isi rumah keluarga hanya RM 600.00 sebulan dan tanggungan 14 anak buah yang semakin membesar.

Jika terbukti KUIS adalah mahal berbanding IPTS lain, sila nyatakan satu demi satu. Kerana isu yuran ini perlulah melihat secara kes demi kes dan DOKUMENTASIKAN agar dilihat profesional dan bukan hanya sekadar dalam media, saya telah mencari penama yang membuat aduan dengan menggelarkan diri sebagai Saifudin, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Rangkaian semester akhir tetapi tidak pula bertemu MPM.

Buat mereka yang melaporkan ke Malaysiakini dan blog-blog lain seandainya diri anda benar-benar wujud, tak usah risau, tampilkan sahaja diri anda, kita akan bantu. Tetapi seandainya diri anda hanya mampu bermain dengan permainan ini, ingatlah bahawa di akhirat nanti akan dibentangkan semua perlakuan anda walau sebesar zarah pun seperti yang Allah janjikan di dalam Al-Qur'an.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya".

(surah Al-Zilzal : 7-8)

Akan bersambung dengan izin Allah dengan isu lain lagi. Isu ini sebenarnya isu lama yang dimainkan balik untuk tujuan tertentu

Assalamualaikum

Monday, October 31, 2011

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Hari ini saya ditakdirkan untuk terbaca sebuah artikel di Malaysiakini.com yang berkaitan dengan masalah mahasiswa di KUIS.

Artikel tersebut adalah seperti berikut.

"Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.

Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.

Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.

Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:

  1. Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.

  2. Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?

  3. Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.

  4. Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi.

Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya." (Malaysiakini.com) rujuk di sini untuk artikel asal

Jawapan saya kepada penulis surat ini

"Assalamualaikum. Saya Saifulnizam bin Muhamad, mahasiswa KUIS. Seandainya benar ini luahan hati ibu bapa pelajar, saya bersedia untuk bersemuka dengan puan yang menulis surat ini kerana saya adalah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS. Ini nombor telefon saya 017-9194019. Saya sudah baca artikel ini di Malaysiakini.com, setakat ini saya belum lagi bertemu dengan aduan daripada mahasiswa atau mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan. Saya bersedia menjawab sebarang persoalan yang timbul oleh pihak anak puan. Sebolehnya puan hubungi saya segera. Saya sanggup tidak pulang berhari raya haji nanti kerana saya ingin berkhidmat untuk mahasiswa bahkan jika perlu untuk saya ke Pulau Pinang iaitu negeri puan, saya akan pergi Insya Allah. Saya juga pelajar miskin dari Kelantan, tapi saya selesa berada di KUIS. Mungkin ada perkara yang menyebabkan kebajikan anak kepada puan. Selain daripada nombor telefon, saya juga boleh dihubungi di facebook saya di www.facebook.com/saifulnizam.muhamad atau di blog saya di http://kalamnie-zarm.blogspot.com pada bila-bila masa.

Saifulnizam bin Muhamad
Naib Presiden II (Kebajikan),
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Sesi 2010/2011"

Saya menyokong KEBENARAN. Seandainya perkara ini benar, saya BERSEDIA UNTUK MEMBANTU!!!

Friday, October 21, 2011

CAKNA MAHASISWA : Permohonan maaf terbuka kepada mahasiswa KUIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejak daripada jam 12.00 tengah malam bertarikh 22 Oktober 2011 sampai sekarang bertali arus saya mendapat panggilan mengenai permasalahan yang berlaku terhadap penempahan bilik oleh mahasiswa.

Artikel ini saya mahu menulis seringkas yang mungkin sahaja, kerana kita semua sudah tahu mengenai apa yang berlaku.

Saya memohon maaf kepada mahasiswa kerana tidak mampu melaksanakan tugas yang telah Allah amanahkan kepada saya. Walaupun saya hadir sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) tanpa undi daripada mahasiswa, tapi saya rasa bersalah dan seperti berdosa kerana tidak mampu menjadi hamba abdi mahasiswa untuk menunaikan hak dan permintaan mahasiswa.

Diharapkan agar semua mahasiswa berada di bawah naungan rahmat Allah. Semoga kecelakaan menimpa saya di atas kegagalan saya membantu mahasiswa.

Semoga mahasiswa yang akan tampil sebagai MPM KUIS pada masa hadapan dapat menunaikan kerja dan amanah untuk sama-sama membantu mahasiswa

Ikhlas,

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden II,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Sesi 2010/2011

Friday, October 14, 2011

CAKNA MAHASISWA : Pendaftaran Sesi II 2011/2012 dan beberapa pengumuman penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam artikel yang berkenaan dengan bantahan terhadap penghapusan "autoreserve", maka telah diketahui bahawa perkara tersebut telah dihapuskan.

2. Kesan daripada memorandum yang dihantar, akhirnya tempahan bilik secara atas talian (online) telah dikembalikan semula yang mana masih lagi mengekalkan sistem "siapa cepat dia dapat" untuk menghadirkan keadilan kepada semua mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pendaftaran secara atas talian yang akan diimplikasikan selepas ini - Gambar Hiasan


3. Tempahan bilik boleh dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi BERMULA 22 OKTOBER 2011 SEHINGGA 8 NOVEMBER 2011. SEANDAINYA ADA YANG TIDAK BERDAFTAR PADA TARIKH TERSEBUT, MAKA MEREKA PERLU BERDAFTAR SECARA MANUAL IAITU PERGI DARI PEJABAT KE PEJABAT UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN.

4. Kesan daripada pendaftaran sebegini ialah, MAHASISWA DAN MAHASISWI TIDAK PERLU LAGI UNTUK BERATUR PANJANG DI PUSAT KONVENSYEN KUIS (PKK) SEPERTI AMALAN SEBELUMNYA.

Gambaran pendaftaran mahasiswa senior tidak akan sebegini lagi - Gambar Hiasan

4. Cuma, bagi mereka yang belum menyelesaikan hutang, digalakkan untuk menyelesaikan segera KECUALI BAGI MEREKA YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN DAN TAJAAN SEPERTI PTPTN, MARA, ZAKAT NEGERI DAN SEBAGAINYA KERANA MEREKA INI DIBENARKAN UNTUK BERDAFTAR.

5. Seandainya para peminjam PTPTN, MARA, ZAKAT NEGERI DAN SEBAGAINYA MEMPUNYAI MASALAH PENDAFTARAN, MOHON DIRUJUK KEPADA PUAN SITI ZULAIHA BINTI AHMAD SUKAR, SEKSYEN TAJAAN DAN KEBAJIKAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (BPM)

6. Keadahnya ialah, MAHASISWA MESTI BERDAFTAR ASRAMA TERDAHULU SEBELUM MENDAFTAR KURSUS SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT.

7. Berkenaan dengan masa untuk pengambilan kunci akan diberitahu kemudian.

8. Hari pekerjaan akan bermula pada 8 Oktober 2011 (Selasa)

9. Cuma kebarangkalian yang akan berlaku ialah yang mana sistem ini akan mengundang masalah kecil seperti berlaku keadaan sesak dari sudut kemasukan dalam sistem pendaftaran secara atas talian, mohon untuk mahasiswa memahami dan bersabar serta bersedia dengan sebarang kemungkinan.

10. Semoga Allah memberi hidayah kepada mahasiswa untuk menjayakan gagasan Taadib KUIS dan memasjidkan Universiti.

Thursday, October 13, 2011

Syukur di atas jodoh ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jangan salah anggap dengan perkataan "jodoh", ianya bukan hanya digunakan untuk tujuan kekasih ataupun teman hidup semata-mata.

Dalam keadaan insan lain sedang enak bercuti, saya terpaksa berhempas pulas untuk menguruskan mengenai isu latihan industri yang akan saya hadapi sepanjang semester enam, semester akhir saya dalam Diploma Komunikasi.

Setelah permohonan banyak kali tidak dijawab, maka saya rasa sudah tiba masanya saya berpasrah mungkin.

Semalam saya bersama dengan pensyarah daripada Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Abu Zaki, Ustaz Wan Haslam dan Ustaz Salman berada di Seminar Ancaman Kristianisasi di Malaysia, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selang0r di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor.

Ustaz Abu Zaki, Ustaz Salman dan Ustaz Wan Haslam
Tiba-tiba mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Telefon : Assalamualaikum saya daripada HR TV Al-Hijrah, boleh saya bercakap dengan saudara Saifulnizam bin Muhamad?

Nie-Zarm : Waalaikumsalam, ya! Saya sedang bercakap.

Telefon : Pihak kami bersetuju untuk menerima saudara untuk latihan industri di organisasi kami.

Nie-Zarm : Alhamdulillah, terima kasih! Saya akan bertugas di bahagian mana?

Telefon : Saudara akan bertugas di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa bermula 9 November 2011 sehingga 9 Februari 2011.

Nie-Zarm : Terima kasih sekali lagi! (terharu)

Telefon : Sama-sama. Assalamualaikum

Nie-Zarm : Waalaikumsalam.

Sempat bersama seketika dengan Prof Dato' Dr. Sidek Baba semalam

Dengan ini, saya bukan sahaja mendapat tempat yang saya rasakan sesuai, bahkan merupakan tempat yang mana tidak asing bagi saya, kerana pada 13 Ramadhan 1432 Hijrah yang lalu bersamaan 13 Ogos 2011, saya pernah bersama dalam satu slot dalam rancangan "Assalamualaikum" bagi slot pengenalan "Panggung Dakwah".

Ketika siaran langsung rancangan "Assalamualaikum" ddi TV Al-Hijrah

Dengan ini saya juga akan meninggalkan bumi "Pemangkin Tradisi Ilmu" yang saya menyemai ilmu dan pengalaman. Mudah-mudahan pemergian saya ini akan diisi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bersedia untuk mengisi kekosongan sebagai golongan yang akan terus menjalankan kerja-kerja "Cakna Mahasiswa".

Saja nak letak gambar Ustaz Don Daniyal

Doakan agar pemergian saya nanti akan membawa rahmat kepada Islam secara amnya, kepada mahasiswa KUIS secara khususnya.

Wallahu A'lam

Monday, October 10, 2011

Rakaman Forum : Love Talk" Bersama Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 6 Ogos 2011, saya sempat mengunjungi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk forum di atas dan saya ada membuat rakaman untuk forum tersebut. Jom Layan...















Saturday, October 8, 2011

Berita Harian - Institusi Pendidikan Membina Insan oleh Dr Zulkefli Hj Aini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah Artikel yang disiarkan di Berita Harian, Keluaran Khas - Menuju Menara Gading (Muka 12) 29 September 2011 yang ditulis oleh Dr Zulkefli Hj Aini.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menisbahkan dirinya kepada Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merasa terpanggil untuk memuhasabah diri apakah insan yang berada di dalam institusi ini benar-benar menghayati Islam dalam erti kata yang sebenar. Dengan rasa insaf dan kenal diri, insan KUIS juga bertanya pada diri sendiri adakah KUIS benar-benar menunaikan amanah pendidikan Islam yang sebenar apabila KUIS dikenali sebagai Kolej Universiti. Jika begitu nama dan sifatnya IPT apakah yang melambangkan ketinggian sesebuah IPT? Justeru, KUIS berpandangan perlu dilihat kembali konsep dan gagasan pendidikan Islam sebenar seperti yang telah dibincangkan dan dirumuskan olej para ilmuan dan sarjana muslim di dalam First World Conference on Muslim Education yang berlangsung di Makkah al-Mukarramah pada tahun 1399H bersamaan tahun 1977. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam Persidangan tersebut ialah penekanan tentang tujuan pendidikan Islam. Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menciptakan insan yang baik dan soleh yang tugas hakikinya adalah pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenar serta membina struktur kehidupan di dunia ini mengikut acuan Syariah. Melalui pendidikanlah, insan dapat mengembalikan dan menzahirkan fitrah dirinya melalui konsep adab dan ta’dib. Oleh itu, KUIS berazam menjadikan insan KUIS sebagai insan beradab atau insan ta’dibi yang dalam erti kata insan yang bijaksana meletakkan sesuatu yang betul di tempat yang betul. KUIS juga bertekad membina insannya (terutama pelajar) menjadi manusia terpelajar (atau apa yang KUIS istilahkan sebagai student is our learner) yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya kepada Penciptanya, menunaikan keadilan dan tanggungjawabnya kepada dirinya dan ahli-ahli masyarakat lain seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan serta kepada alam sekelilingnya. KUIS percaya bahawa proses adab dan ta’dib boleh dilakukan melalui dua pendekatan, iaitu ta’dib pemikiran dan ta’dib persekitaran.

Ta’dib pemikiran diterjemahkan melalui penganjuran siri-siri wacana, bicara dan diskusi yang berkaitan dengan makna dan maksud ta’dib. Justeru, KUIS telah mengadakan Wacana Ta’dib yang membincangkan beberapa persoalan penting dalam ta’dib seperti faham al-Din, faham insan dan faham ilmu. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan adab kepada Allah, adab kepada Rasul, adab kepada diri sendiri, adab kepada guru, adab kepada masyarakat, adab kepada bahasa dan adab kepada alam sekitar juga dibincangkan sebagai suatu usaha pencerahan kepada konsep ta’dib yang mahu dititipkan dalam pemikiran insan KUIS.

KUIS memberi perhatian serius tentang Ta’dib persekitaran dalam proses pendidikan. KUIS percaya pendidikan bermula apabila insan melangkahkan kaki ke pintu gerbang atau pintu utama KUIS. Dengan kata lain, pendidikan tidak hanya bermula di dalam dewan kuliah, bilik seminar dan bilik tutorial semata-mata. Dengan menjadikan masjid sebagai nadi dan jantung (al-qalb) kecemerlangan insan, KUIS berazam menjadikan solat sebagai salah satu komponen dalam kurikulum pengajiannya. Ini kerana KUIS berpandangan, masjid di IPT bukan sifatnya seperti masjid yang difahami oleh kebanyakan masyarakat yang bersifat ritual dalam erti kata yang sempit dan ceremonial (sekadar penganjuran majlis sempena hari kebesaran Islam yang bersifat rasmi). Inilah tekad KUIS untuk mengejar status Ta’dib University (TU), di kala IPT lain mengejar status Research University (RU), yang menyediakan program pengajian dalam erti kata kurikulum pengajian yang melambangkan maksud dan erti pendidikan Islam yang sebenar dan juga persekitaran yang menyokong pembentukan ta’dib insan. Insan itu pula adalah insan yang boleh hidup dalam keadaan insan ta’dibi atau insan beradab. KUIS dengan sedar diri inilah niche perbezaan KUIS yang menjadi kekuatan untuk memacu kecemerlangan dan menterjemahkan konsep al-falah di dunia dan di akhirat. KUIS memohon kekuatan daripada Pencipta yang Maha Agung untuk merealisasikan gagasan Universiti Ta’dib. Mudah-mudahan masyarakat berbondong-bondong datang ke KUIS dalam erti melihat KUIS sebagai A Sought-After University; Not A Left-Over Choice.

 
Photography Templates | Slideshow Software