Tuesday, June 28, 2011

Wordless Wednesday #1

Monday, June 27, 2011

CAKNA MAHASISWA : Bakti Siswa Perdana Selangor 2011 dan KUIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada Ahad (26 Jun 2011) saya sebagai Naib Presiden MPM KUIS dan Senator Akademi Islam MPM KUIS, Saudara Mohd Zaid Idrus Saaidy menghadirkan diri ke pra-induksi untuk menjayakan Bakti Siswa Perdana Selangor 2011 di Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Program Bakti Siswa Perdana Selangor 2011 adalah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Yayasan Selangor.

Logo PKPIM

Pra-induksi diadakan untuk membincangkan mengenai kesempatan setiap IPT dan juga pergerakan kemahasiswaan di Selangor untuk mengadakan program tersebut. Turut serta di dalam program tersebut adalah MPM KUIS, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Universiti Selangor (UNISEL), Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), Universiti Tun Abdul Razak(UNIRAZAK) dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program tersebut adalah bakti siswa di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan mahasiswa yang menjadi sukarelawan untuk program tersebut akan menjadi anak angkat untuk kampung-kampung yang diberikan. Selain daripada itu, diadakan juga program motivasi untuk anak-anak yang bersekolah di kampung angkat, pemeriksaan kesihatan percuma, forum perdana dan sebagainya.

Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Objektif program tersebut adalah untuk mahasiswa mengeratkan hubungan persaudaraan dan juga mahasiswa mengetahui masalah yang berlaku di lapangan masyarakat untuk diperbaiki.


Alhamdulillah, MPM KUIS mendapat kepercayaan untuk mengendalikan tiga kampung angkat untuk diterokai iaitu Semenyih pada 22 - 24 Julai 2011, Permatang pada 29 - 31 Julai 2011 dan Dengkil pada 5 - 7 Ogos 2011.

Sesi induksi akan diadakan esok (29 Jun 2011) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Petaling Jaya, dan memerlukan 39 orang sekarelawan yang akan hadir ke Bakti Siswa Perdana Selangor 2011 untuk latihan dan pemahaman mengenai konsep gerak kerja yang akan dilakukan.

Seramai 117 ahli sukarelawan diinginkan untuk program tersebut, dalam erti kata lain seramai 39 sukarelawan untuk satu kampung, manakala saya diamanahkan sebagai ketua rombongan untuk ketiga-tiga kampung tersebut.

Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan untuk program tersebut, boleh memberikan nama penuh, nombor matrik dan nombor telefon kepada saya dengan "personal massege" di "facebook" saya, dan pembaca boleh "add" saya jika saudara belum lagi "add" saya. Ataupun boleh memberikan butiran peribadi anda kepada 017-9194019.

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 15 Julai 2011. Penyertaan adalah terbuka.

Wednesday, June 22, 2011

CAKNA MAHASISWA : Takziah kepada saudara Faris dan Faiz Ibnu Zaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tulisan kali ini menginginkan semua pembaca kalam nie-zarm untuk kita menginsafi diri kerana maut boleh menjelma bila-bila masa sahaja.
Ahmad Faris bin Mohd Zaki


Ahmad Faiz bin Mohd Zaki

Sebagai Naib Presiden (Kebajikan), saya ingin menyampaikan salam takziah buat sahabat saya Saudara Ahmad Faris bin Mohd Zaki yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia semester empat yang merupakan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) dan juga adik beliau, Ahmaz Faiz bin Mohd Zaki yang merupakan mahasiswa Diploma Pengurusan Sumber Manusia semester dua di atas kehilangan ayah tercinta pada 21 Jun 2011.

Semoga Allah melimpahkan kerahmatan dan keampunan buat arwah ayah mereka dan bersama-sama dengan golongan yang mendapat keredhaan Allah di alam baqa'

Al-Fatihah

Monday, June 20, 2011

CAKNA MAHASISWA : Himpunan Mahasiswa Selangor 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 19 Jun 2011 (Sabtu), Nie-Zarm membawa delegasi seramai 23 orang daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ke Himpunan Mahasiswa Selangor 2011 di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.

Pada asalnya delegasi yang berdaftar adalah lebih daripada peruntukan yang diberikan oleh pihak Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM), kerana pihak BPM menyediakan 40 kerusi untuk ke sana dan jumlah yang berdaftar untuk ke sana adalah seramai 47 orang. Itu baru open tender yang dibuat melalui Facebook.

Tetapi yang hadir hanya 23 orang, mungkin mereka mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Nama sampai limpah daripada kotak dalam kertas ni...

Sesampainya di sana, saya secara tiba-tiba perlu untuk menyampaikan ucapan sebagai ketua delegasi mahasiswa KUIS pada majlis perasmian yang bermula pada jam 9 pagi. Siapalah saya sebenarnya untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan saudara Muhamad Faisal Abdul Aziz yang merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saudara Syaifusyafiq B. Shaifuddin yang merupakan Setiausaha Agong, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan saudara Khairul Fadhli Ismail yang merupakan Presiden Kelab Rakan Islah Siswa Islah Malaysia (KARISMA).

Saudara Syaifusyafiq dari Pepias
Saudara Khairul dari KARISMA

Sempat juga untuk saya memberikan ucapan ketua delegasi sekitar 7 minit 34 saat. Saya lebih mementingkan kepentingan menjadikan diri sebagai rahmat untuk keseluruhan alam.


Dalam ucapan saya, saya inginkan agar mahasiswa dan anak muda ini hadir sebagai rahmat, bukannya membawa kerosakan seperti yang berlaku sekarang ini di mana kebanyakannya anak muda terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Boleh menonton ucapan saya di video ini.



Seterusnya adalah slot "Menyingkap Tabir Kebangkitan" daripada Datuk Idris Jauzi yang merupakan Mantan Presiden PKPIM. Slot yang ditunggu-tunggu adalah apabila kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan juga antara aktivis mahasiswa di dalam ABIM dan PKPIM. Beliau juga menandatangani Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia sebagai simbolik menyokong mahasiswa.

Datuk Idris Jauzi

Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia adalah merupakan satu resolusi yang diperbincangkan secara bersama di Yayasan Selangor pada 28 Mei 2011 di Yayasan Selangor, Petaling Jaya bersama saudara Muhammad Shahimi Ariffin daripada Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dari Universiti Selangor (UNISEL), Adam Adli Abdul Halim daripada Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Zaid Idrus Saady yang merupakan Senator Akademi Islam MPM KUIS serta ramai lagi sahabat lain.

Rupa bentuk Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia

Selepas bersama Dato' Seri Anwar dan VIP yang lain termasuklah Dato' A.Samad Said, program berehat seketika. Seterusnya program diteruskan dengan forum daripada golongan pejuang mahasiswa yang lain.


Pada jam 5 petang, perasmian penutup oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor dan merasmikan program Bakti Siswa Perdana Selangor 2011. Insya Allah KUIS akan terlibat dalam program tersebut. Jika berkesempatan, saya akan menceritakan perkara tersebut di dalam artikel yang seterusnya nanti.

Ramai yang inginkan program ini dianjurkan di KUIS. Insya Allah jika berkesempatan saya akan memastikan ianya menjadi realiti.

Delegasi KUIS di Himpunan Mahasiswa Selangor 2011.

Tuesday, June 14, 2011

Negara Berkebajikan : kenapa Barisan Nasional Melenting

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada artikel kali ini saya ingin menulis isu politik pula, lebih kurang seminggu saya melihat isu Negara Berkebajikan yang diwar-warkan daripada pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada muktamar yang berlangsung baru-baru ini.


Seminggu lebih perkara ini diceritakan di dalam media dengan kenyataan oleh para pimpinan negara, namun yang paling jelas "melenting" dengan perkara ini ialah pimpinan daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan bahawa PAS sudah lari daripada landasan perjuangan, lupa daratan, kuda tunggangan untuk parti lain dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Saya sebaliknya tidak nampak bahawa konsep Negara Berkebajikan itu bermaksud PAS lari daripada landasan perjuangan sebenarnya.

Cuba teliti perkataan "Kebajikan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang menyatakan bahawa "kebajikan" bermaksud sesuatu yang membawa KEBAIKAN, PERBUATAN BAIK dan juga KEBAIKAN. Dalam rujukan yang sama juga ada menyebut mengenai Negara Berkebajikan. "Negara Berkebajikan" membawa maksud negara yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dengan memberikan pelbagai perlindungan sosial.


Soalan saya adalah : Apakah ianya BERCANGGAH DENGAN ISLAM? Sedangkan di dalam Al-Qur'an adanya surah Saba' yang menerangkan mengenai negara Islam Saba' yang mengutamakan kebajikan sehinggakan tertulis di dalam Al-Qur'an sebagai negara contoh. Khalifah Umar Abdul Aziz sebenarnya adalah contoh pimpinan yang membawa negara berkebajikan.

Kebajikan itu subjektif, apabila ianya sesuatu kebaikan, maka kehadiran ISLAM itu sendiri adalah KEBAJIKAN.

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
(Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad) diutuskan sebagai Rahmat Ke Seluruh Alam)
Surah Al-Anbiya' ayat 107

Rahmat kepada sekalian alam ini adalah kebaikan, kebaikan adalah definisi daripada perkataan "kebajikan" yang saya tuliskan di atas. Kebajikan dunia dan akhirat adalah antara perkara yang perlu dilihat daripada lensa Islam. Jadi perlukah untuk UMNO dan BN menyatakan bahawa PAS lari daripada landasan sebenarnya?

Ada juga yang menyatakan bahawa kenapa UMNO dan BN menghentam perkara ini? Apakah mereka merasakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa di Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti? Sehinggakan sanggup menyatakan bahawa PAS sudah menjadi kuda tunggangan kepada sahabat dalam Pakatan Rakyat? Anda tahu anda jawablah sendiri.

Tindakan pimpinan UMNO dan BN mengulas perkara ini sebenarnya akan membuatkan sokongan UMNO dan BN jatuh dan hilang sokongan rakyat.

Wednesday, June 8, 2011

CAKNA MAHASISWA : Solat Hajat Siswi (7/6/2011)


Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Dalam kesibukan yang tak pernah terhenti, sempat juga kalam nie-zarm menulis dalam keadaan yang singkat, komitmen tugasan juga menghalang untuk aktif menulis seperti cuti semester yang lalu.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat penganjur Solat Hajat di asrama siswi yang diadakan pada waktu Maghrib dan Isyak pada 7 Jun 2011 yang lalu, saya hanya mendapatkan khabar ini melalui rakan siswi yang memaklumkannya melalui telefon.

Saya pada ketika itu berada dalam perjalanan pulang daripada mengendalikan Kem Remaja Bestari 2011 (KRB) yang dianjurkan oleh yayasan Tenaga Nasional Berhad Zon Timur di Bachok.

TAHNIAH BUAT PENGANJUR YANG MENERUSKAN ALIRAN CAKNA MAHASISWA!!!

Semua maklum mengenai kisah yang berlaku. Kita sebagai mahasiswa Islam perlu menerapkan sikap Tawakkal kepada Allah dalam semua perkara.

 
Photography Templates | Slideshow Software